HTML
      HyperText Markup Language



      HTML bermaksud HyperText Markup Language. Ia digunakan untuk membangunkan laman web. Arahan HTML merupakan arahan asas yang perlu dipelajari jika seseorang itu hendak membina laman web. Setiap arahan HTML akan disertakan dengan simbol < dan > . Apabila arahan HTML disertakan dengan simbol < dan > ianya dikenali sebagai tag. Setiap arahan HTML mempunyai tag pembuka dan tag penutup. Contohnya <HTML> merupakan tag pembuka dan </HTML> merupakan tag penutup. / digunakan sebagai simbol penutup. 

      Untuk membina laman web menggunakan arahan HTML anda tidak perlu menggunakan perisian khas, anda hanya perlu menggunakan Notepad yang disediakan di dalam Windows. 
      Dalam tutorial HTML ini anda akan mempelajari tentang :- 

      • Kegunaan tag-tag HTML
      • Arahan asas dalam HTML
      • Menulis teks dalam HTML
      • Menentukan jenis font yang akan dipaparkan
      • Menentukan saiz font yang akan dipaparkan 
      • Menentukan warna font yang akan dipaparkan
      • Menentukan latar belakang laman web
      • Memasukkan imej
      • Membuat link
      • Membuat borang
      • Membuat jadual
      • Membuat bingkai
      • Memasukkan audio dan video

      ARAHAN ASAS HTML

      Berikut menunjukkan arahan asas HTML bagi sebuah laman web yang ringkas:-

      <HTML>
      <HEAD>
      <TITLE>Tajuk laman web anda</TITLE>
      </HEAD>
      <BODY>
      Selamat datang ke laman web saya 
      </BODY>
      </HTML>

      Taipkan arahan HTML  di atas di dalam Notepad dan savekan dengan sambungan .html atau .htm seperti web.html . Kemudian taipkan nama fail html tadi pada bahagian location toolbar untuk melihat laman web yang telah dihasilkan tadi.
       
       
       


      <HTML>_ _ _ _</HTML>
      Kedua-dua tag ini hendaklah dimasukkan ke dalam setiap laman web. Tag <HTML> menandakan bahawa segala arahan yang terkandung di bawah tag ini adalah arahan HTML. </HTML> menandakan bahawa arahan HTML telah tamat. </HTML> adalah tag penutup bagi tag <HTML>.  / merupakan simbol penutup. Setiap laman hanya mempunyai sepasang tag ini. 

      <HEAD>_ _ _ _</HEAD>
      Kedua-dua tag ini hendaklah dimasukkan ke dalam laman anda. pada bahagian ini terdapat tajuk laman web anda. 

      <TITLE>_ _ _ _ </TITLE>
      Masukkan tajuk laman anda pada tag ini. 

      <BODY>_ _ _ _ </BODY>
      Segala maklumat atau teks yang hendak dipaparkan akan di masukkan di bahagian ini. 


      MENULIS TEKS DALAM HTML

      Untuk memaparkan sebarang maklumat di dalam laman web, anda tidak perlu memasukkan sebarang arahan khas. Anda hanya perlu menaip seperti biasa apa yang hendak disampaikan. Lihat contoh dibawah :- 

      <HTML>
      <HEAD>
      <TITLE>Selamat datang ke laman web saya</TITLE>
      </HEAD>
      <BODY>
      <CENTER>
      Selamat Datang! 
      Terima kasih kerana sudi melawat 
      </CENTER>
      </BODY>
      </HTML>
       
       


      <TITLE>Selamat datang ke laman web saya</TITLE>
      Selamat datang ke laman web saya merupakan tajuk bagi laman di atas. 

      <CENTER>_ _ _ _ _</CENTER>
      Arahan <CENTER> akan menengahkan setiap teks yang berada di bawah tag ini. Selamat Datang! Terima Kasih kerana sudi melawat  merupakan ayat yang akan dipaparkan. 

      Jika diperhatikan pada di pelayar anda dengan menggunakan arahan HTML di atas, anda akan mendapati bahawa perkataan Terima Kasih kerana sudi melawat berada di sebelah perkataan Selamat Datang!. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu memasukkan tag <BR>. Tag ini digunakan untuk membuat barisan yang lain walaupun perkataan yang ditaip berada di sebelahnya. Tag <BR> ini tidak mempunyai tag penutup. 


      MENENTUKAN JENIS FONT YANG AKAN DIPAPARKAN

      Setiap teks yang ditaip di dalam HTML akan menggunakan font yang telah ditetapkan pada pelayar pelawat, ini berlaku jika anda tidak menetapkan jenis font yang akan dipaparkan, Untuk menentukan jenis font yang akan dipaparkan masukkan arahan di bawah :- 
      <FONT FACE="jenis font">_ _ _ _</FONT>

      <HTML>
      <HEAD>
      <TITLE>Laman web pertama saya</TITLE>
      </HEAD>
      <BODY>
      <FONT FACE="TIMES NEW ROMAN">
      Selamat Datang!<BR>Terima kasih kerana sudi melawat
      </FONT>
      </BODY>
      </HTML>
       
       


      <FONT FACE="TIMES NEW ROMAN">_ _ _ _</FONT>
      Di dalam tag di atas font jenis Times New Roman telah ditetapkan sebagai font yang akan dipaparkan di dalam laman di atas. 

      Jika anda hendak menggunakan beberapa jenis font yang berlainan di dalam laman anda, tag penutup bagi setiap jenis font hendaklah di masukkan.
      Tag penutup bagi tag font ialah</FONT>.


      MENENTUKAN SAIZ FONT YANG AKAN DIPAPARKAN

      Sekiranya anda menulis teks di dalam HTML tetapi tidak menyatakan saiznya pelayar anda akan memaparkan saiz font yang ditetapkan pada pelayar. Untuk menentukan saiz font masukkan arahan di bawah :-
      <FONT SIZE="SAIZ">_ _ _ </FONT>

      <HTML>
      <HEAD>
      <TITLE>Laman web pertama saya</HTML>
      </HEAD>
      <BODY>
      <FONT SIZE="6">Selamat Datang</FONT>
      <BR>
      <FONT SIZE="3">Terima Kasih kerana sudi melawat</FONT>
      </BODY> 
      </HTML>
       
       


      <FONT SIZE="3">_ _ _ _</FONT>
      Tag <FONT SIZE="3"> akan menyuruh pelayar memaparkan font yang bersaiz 3. Saiz font bermula dengan saiz 1 sehingga 7. Semakin besar nombor tersebut semakin besar saiz font yang akan dipaparkan. Jika anda hendak memasukkan berbagai jenis saiz font jangan lupa untuk memasukkan tag penutup.


      PERINGATAN : Anda di ingatkan supaya tidak lupa untuk memasukkan tag penutup bagi setiap arahan HTML anda.

      Sebelumnya Seterusnya

      http://www.cyberpage2.cjb.net