MEMBUAT JADUAL

Jadual biasanya digunakan untuk membahagikan sesebuah laman kepada beberapa bahagian. Untuk membuat jadual masukkan arahan di bawah :-
<TABLE BORDER="SAIZ" BGCOLOR="WARNA" WIDTH="PERATUS" ALIGN="LEFT / CENTER /RIGHT">
<TR>
<TD>_ _ _ _</TD>
</TR>
</TABLE>

<HTML> 
<HEAD> 
<TITLE>Laman web pertama saya</TITLE> 
</HEAD> 
<BODY> 
<TABLE BORDER="1" BGCOLOR="GREEN" WIDTH="100%" ALIGN="CENTER">
<TR>
<TD>CELL 1</TD><TD>CELL2</TD>
</TR>
<TR>
<TD>CELL 3 pada row 1</TD><TD>CELL 4 pada row 1</TD>
</TR>
</TABLE>
</BODY> 
</HTML>

Contoh:-
 
CELL 1 CELL2
CELL 3 pada row1 CELL 4 pada row 1

 


BORDER="SAIZ"
Arahan ini akan menentukan ketebalan garisan luar jadual anda.
BGCOLOR="WARNA"
Arahan ini akan menentukan warna latar belakang bagi laman anda.
WIDTH="PERATUS"
Arahan ini akan menentukan kelebaran jadual anda mengikut peratus yang ditentukan.
ALIGN="LEFT / CENTER / RIGHT"
Arahan ini akan menentukan kedudukan jadual anda samaada di kiri, tengah atau kanan.
<TR>
Tag ini akan membuat row iaitu barisan yang baru di dalam jadual.
<TD>
Tag ini akan membuat cell iaitu ruangan baru di dalam jadual.
</TABLE>
Tag ini merupakan tag penutup bagi jadual anda.


MEMBUAT BINGKAI

Bingkai merupakan satu cara untuk memaparkan lebih dari satu dokumen HTML pada masa yang sama. Ia sesuai digunakan pada laman yang isi kandungannya sentiasa berubah - ubah. Untuk membuat bingkai masukkan arahan di bawah :-

<HTML> 
<HEAD> 
<TITLE>Laman web pertama saya</TITLE> 
</HEAD> 
<FRAMESET COLS="20%,80">
<FRAME SRC="laman1.htm">
<FRAME SRC="laman2.htm">
</FRAMESET>
<BODY>
<NOFRAME>
Sekiranya anda mendapat mesej ini anda perlu menggunakan pelayar yang menyokong penggunaan bingkai
</NOFRAME>
</BODY>
</HTML>

Daripada arahan di atas anda akan mendapat bingkai seperti rajah di bawah :-
 
laman1.htm
 

 

laman2.htm
 

 

Jika pelawat menggunakan pelayar yang tidak menyokong penggunaan bingkai pelayar mereka akan memaparkan mesej "Sekiranya anda mendapat mesej ini anda perlu menggunakan pelayar yang menyokong penggunaan bingkai".

Untuk membahagikan kepada satu bahagian di atas dan satu bahagian di bawah, masukkan arahan berikut :-

<HTML> 
<HEAD> 
<TITLE>Laman web pertama saya</TITLE> 
</HEAD> 
<FRAMESET ROWSS="50%,50">
<FRAME SRC="laman1.htm">
<FRAME SRC="laman2.htm">
</FRAMESET>
<BODY>
<NOFRAME>
Sekiranya anda mendapat mesej ini anda perlu menggunakan pelayar yang menyokong penggunaan bingkai
</NOFRAME>
</BODY>
</HTML>
 
laman1.htm

 

laman2.htm

 


PERINGATAN : Anda di ingatkan supaya tidak lupa untuk memasukkan tag penutup bagi setiap arahan HTML anda. 

Seterusnya Seterusnya
http://www.cyberpage2.cjb.net