MENENTUKAN WARNA FONT YANG DIPAPARKAN
Anda boleh mencantikkan lagi laman web anda dengan menggunakan font yang
terdiri daripada berbagai jenis warna. Untuk menentukan warna font dalam
laman anda, masukkan arahan di bawah :-
<FONT COLOR="#KOD WARNA">_ _
_ _ </FONT>
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman
web pertama saya</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
<FONT FACE="Arial"
COLOR="#FF0000">Selamat
Datang</FONT>
</BODY>
</HTML>
COLOR="#FF0000"
Arahan ini akan menyuruh pelayar memaparkan font dengan warna yang
ditetapkan pada kod warna. #FF0000
merupakan kod warna bagi warna merah. Klik di sini
untuk mendapatkan kod warna.
|
MENENTUKAN LATAR BELAKANG
Anda boleh menggunakan warna atau imej sebagai latar belakang laman anda.
Masukkan arahan di bawah :-
<BODY TEXT="KOD WARNA" BGCOLOR="KOD
WARNA" BACKGROUND="NAMA IMEJ">
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman web pertama saya</TITLE>
</HEAD>
<BODY TEXT="#000000" BGCOLOR="#FFFFCC"
BACKGROUND="background.gif">
<CENTER>
Selamat Datang<BR>Terima
Kasih kerana sudi melawat
</CENTER>
</BODY>
</HTML>
BODY TEXT="#000000"
Arahan ini akan menentukan warna bagi teks dalam laman anda. #000000
merupakan kod warna bagi warna hitam. Klik di sini
untuk mendapatkan kod warna.
BGCOLOR="#FFFFCC"
Arahan ini akan menentukan warna latar belakang bagi laman anda. Jika
anda menggunakan imej sebagai latar belakang anda warna ini tidak akan
kelihatan. #FFFFCC merupakan
kod warna bagi warna kuning.
BACKGROUND="background.gif"
Arahan ini akam menggunakan imej sebagai latar belakang bagi laman
anda. Imej yang bernama background.gif akan digunakan sebagai latar belakang.
|
MEMASUKKAN IMEJ
Di dalam laman web, hanya terdapat dua jenis imej sahaja yang dapat digunakan
iaitu imej yang mempunyai sambungan .gif dan .jpg. Anda boleh mendapatkan
imej ini dari internet ataupun menghasilkan sendiri dengan menggunakan
perisian seperti Paint Shop. Untuk memasukkan imej masukkan arahan di bawah
:-
<IMG SRC="NAMA FAIL.JPG/GIF">
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman
web pertama saya</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
<CENTER>
<IMG SRC="go.jpg">
</BODY>
</HTML>
Anda juga boleh mengeluarkan teks apabila pelawat meletakkan tetikus
di atas imej anda. Masukkan arahan di bawah :-
<IMG SRC="NAMA FAIL.JPG/GIH"
ALT="Perkataan">
Contoh :-
MEMBUAT LINK
Di dalam sesebuah laman web link digunakan untuk menghubungkan sesebuah
laman ke laman yang lain. Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memasukkan
link ialah menentukan laman yang akan digunakan untuk link tersebut. Untuk
membuat link lihat arahan di bawah :-
<A HREF="Alamat laman / Nama
fail">_ _ _ _</A>
<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman
web pertama saya</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
<CENTER>
Selamat Datang!<BR>Terima
Kasih kerana sudi melawat.
<A HREF="biodata.htm">biodata
saya</A>
</CENTER>
</BODY>
</HTML>
<A HREF="biodata.htm">biodata
saya</A>
biodata.htm merupakan laman yang digunakan untuk laman ini. Jika anda
menghubungkan dengan laman web orang lain anda hendaklah menggunakan alamat
laman webnya seperti berikut:-
<A HREF="http://www.cyberpage2.cjb.net">_
_ _ _</A>
biodata saya merupakan ayat link yang dipaparkan.
Jika anda terlupa menutup tag link anda dengan
menggunakan </A>, semua teks yang ditaipkan kemudian akan menjadi link
untuk laman tersebut.
|
Selain daripada menghubungkan sesebuah laman ke laman yang lain, link juga
boleh digunakan untuk menghantar e-mail apabila seseorang menekan butang
tetikusnya pada link tersebut. Untuk melakukan fungsi ini masukkan arahan
di bawah :-
<A HREF="MAILTO:Alamat
e-mail">_ _ _ _</A>
Contoh :-
Klik di sini
untuk menghantar e-mail
Anda juga boleh menentukan subjek untuk e-mail yang akan dihantar melalui
link ini. Masukkan arahan di bawah :-
<A HREF="MAILTO:Alamat
e-mail?subject=subjek">
Contoh :-
Klik
di sini untuk menghantar e-mail
MEMBUAT BORANG
Borang biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada pelawat.
Borang kebanyakkannya digunakan di dalam enjin pencari dan untuk mendaftar
sesuatu di internet. Di bawah menunjukkan contoh borang :-
|